Friday, April 30, 2010

Rumah Baru

Bermula dengan kandang standard dari kedai haiwan peliharaan...

Sekarang aku dah ada kandang buatan sendiri (bukan bom buatan sendiri la). Boleh tahan la untuk mengerjakan kandang seluas 3 kaki lebar x 6 kaki panjang, maklum la takde pengalaman bertukang kayu.

Projek ni dah bermula sejak cuti raya cina hari tu..pastu rehat sebulan dua, baru sambung balik sebab tak cukup bahan dan duit. Kalau tak silap jumlah masa yang digunakan ada la dalam 3 hari bekerja.

Berikut adalah foto rumah arnab yang baru...boleh la kalau ada yang berminat nak buat kandang cilok idea2 yang baik dan boleh dipraktikan. Yang tak cantik boleh la dibuat sempadan.

Sunday, April 25, 2010

Sepuluh hari ....Beranak Lagi


Sepuluh hari dah ...anak2 Ipin dah tumbuh bulu roma...ye ke? Tengok la sendiri..





Ada rupa lop ear tak?



Cute tak? he..he..he


Hari ni 24 April 2010, Upin pulak beranak...tapi 2 ekor je. Besar kemungkinan kedua2nya kaler putih dan mintak-mintak lop ear jugak macam bapanya si Elmo.


Thursday, April 15, 2010

Dah Beranak...

Arnab-arnab ini baru lahir pada 14 April 2010...dan masih dalam pemerhatian lagi. Aku pun kena belajar cara2 menjaga anak arnab dan mengelakkan kematian dari otai2 arnab.

Ibu arnab takde masalah kesihatan atau komplikasi semasa melahirkan sampai kena panggil mak bidan atau hantar ke wad bersalin.


Masa aku balik kerja waktu maghrib je tetiba nampak benda kecil yang bergerak2 di hujung kandang...perhati punya perhati...rupa2nya dah bersalin arnab aku ni..layan dulu