Tuesday, October 26, 2010

Stok Masih Ada...

Minggu ni ada 2 kelahiran (3 dan 6 ekor),tapi dah 6 ekor dah KO. Ntah la, mungkin induk arnab kurang menyusu @ kurang sayang kat anaknya.

Dah takde rezeki..nak buat camana... last sekali (4 Nov 2010..tinggal 2 ekor je)

Induk2 tu dah kena target nak sembelih aje....

Gambo arnab kat bawah ni adalah untuk jualan..kalau berminat. Tapi sebelum aku sempat upload gambar ni...semuanya dah kena sambar ngan bro. Adib (Bangi) & katanya ada projek mega di Keratong...terima kasih & good luck bro.
Tapi jangan risau..stok baru dah keluar (14 ekor baby bunnies)...4 Nov 2010

Friday, September 24, 2010

Dibuka Untuk Jualan Oktober

Arnab2 yang ditawarkan untuk bulan Oktober



Arnab Dewasa
Umur:4 bulan
Harga: RM70 seekor
Baka: Lop x Local
Kuantiti: 1 jantan 3 betina

Arnab (Upin 3)
Umur: 1 bulan
Harga: RM25 seekor
Baka: Lop x Local




Update List Arnab


Upin - 3

1- Jantan - kaler putih - Status: Sold to Ateh (Setapak)

2-Betina - kaler putih - Status: Visited and Booked by Nawa (KBS)

3-Jantan - kaler putih - Status: Sold to Ijad (Perodua Rawang)

4- Jantan - kaler putih - Status: Sold to Lin (Pantai Dalam)

5- Jantan - kaler putih - Status: Sold to Razak Presint 11

6- Betina - kaler putih - Status: Sold to Nazry Presint 14

7- Jantan - kaler putih - Status: Sold to Nazry Presint 14

8- Betina - kaler putih - Status: Available

9- Betina - kaler putih - Status: Available

10- Betina - kaler hitam + putih - Status: Sold to Ateh (Setapak)

11- Betina - kaler coklat (two tone) - Status: Sold to Ijad (Perodua Rawang)


Ada gak yang book thru sms (faisal, azahari, dan lain2)...ok tapi tak jamin ada stok sebab first come, first serve






Next Sale..
Arnab (Pluto 2)
Umur: 1 minggu
Harga: Belum Sedia Untuk Dijual (Promo Dulu)
Baka: Lop x Local

Friday, September 3, 2010

Dah Banyak Arnab...Boleh Jual Lagi

Makin lama..makin banyak arnab kat rumah aku.
Sesiapa yang berminat singgah la ...harga diskaun...siapa cepat dia dapat

Wednesday, July 21, 2010

Rabbit untuk Dijual

Baka: Lop-Local

Kuantiti: 12 Ekor (6 Betina & 6 Jantan)

DOB: 16 June 2010 (1.5 bulan)

Harga: RM30 Seekor




(1) SOLD - Lan UPM

(2) SOLD - Lan UPM
(3) Sold to Syam Petronas
(4) Sold - Rozman (to Langkawi)


(5)Sold-Zaidi (to Terengganu)-(6)Sold to Syam Petronas-(7)

(8) Sold - Rozman(to Langkawi), Zaidi (to Terengganu) & 1 ekor lagi KO masa raya

Local





(9)-(10-(11)-(12) (9)

(10) SOLD

(11)

(12)

Tuesday, June 29, 2010

Rezeki..Bulan Jun

Bulan Jun 2010...dah ada 3 kelahiran di Putrajaya Bunnies.

Kelahiran Pertama - Upin - 16 Jun 2010
Beranak 4 ekor (Ok ..masih hidup)
Komen: Upin pandai jaga anak& tak payah nak ajar/paksa menyusu. Sebelum ni beranak 2 ekor & sekarang bertambah kepada 4 ekor. Anak2 Mickey.

Kelahiran Kedua - Minnie - 18 Jun 2010
Beranak 4 ekor ( Tinggal 3 ..mati seekor)
Komen: Kali pertama beranak dan seekor anaknya dah mati. Perkembangan anak2nya tak sama..tak tahu apa masalahnya. Seekor dah besar, seekor sedang dan seekor lagi bersaiz kecik. Kot maknye kuat diskriminasi terhadap anak2nya.Anak2 Mickey.

Kelahiran Ketiga - Ipin - 26 Jun 2010
Beranak 6 ekor ( Ok ..masih hidup)
Komen: Ipin beranak 6 ekor & setakat ni dia lah yang paling produktif. Tapi bab penjagaan anak, Ipin ni kurang sket..dari pandangan aku la. Cuma kalau nak suruh dia menyusu, kena la rasuah sengkuang, carrot @ timun dan letak dalam kotak anak2nya.

Coming soon...Daisy beranak pulak.

Friday, May 28, 2010

Kena Serang...

Dua minggu lepas, reban arnab aku telah diserang oleh 2 ekor anjing liar yang entah dari mana datangnya. Kebetulan rumah di Putrajaya tak ada pagar, apa lagi, ambik kesempatan la anjing celaka tu.
Masa tu tengah layan tv sebelum masuk tido, terdengar bunyi anjing menyalak...siap kutuk lagi siapa punya anjing la menyalak tak tentu hala malam2 ni. Makin lama makin menjadi2 salakan anjing2 tu...ohh baru aku sedar, kat kawasan rumah aku mana ada non muslim yang bela anjing. Apa lagi berlari la aku ala..ala Usain Bolt yang pencen. Rupa2 nya anjing2 tu menyakat arnab kat depan rumah. Pastu hilang entah ke mana...

Pukul 3 pagi...aku terbangun lagi sebab bini aku kejutkan. Ada anjing menyalak kat reban arnab...buka lampu...ternampak la arnab hotot aku mati dikerjakan anjing di luar reban. Kesian si hotot tu, tension sangat dengan gangguan anjing tu sampai keluar reban...sedih la sebab dah 4 bulan bela.

Keesokan harinya aku siap pegi pasar beli kepala ayam dan letak puradan untuk menjamu anjing, tak kena la pulak. Ada bau kot.

Ada pulak kawan suggest, umpan je telur & jarum, pasti mengena. Apa lagi, kena la seekor anjing tu sebab tak nampak pun bayangnya.

Selang dua hari...datang lagi anjing yang sekor tu untuk membalas dendam kematian kawannya.

Itu lah kali terakhir aku nampak kelibat anjing2 liar yang cuba main2 ngan aku...buruk padahnya.

Moral of the story...Buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sekali.

Tuesday, May 4, 2010

Perkembangan terbaru..

Anak2 Ipin yang berusia 2 minggu..







Friday, April 30, 2010

Rumah Baru

Bermula dengan kandang standard dari kedai haiwan peliharaan...

Sekarang aku dah ada kandang buatan sendiri (bukan bom buatan sendiri la). Boleh tahan la untuk mengerjakan kandang seluas 3 kaki lebar x 6 kaki panjang, maklum la takde pengalaman bertukang kayu.

Projek ni dah bermula sejak cuti raya cina hari tu..pastu rehat sebulan dua, baru sambung balik sebab tak cukup bahan dan duit. Kalau tak silap jumlah masa yang digunakan ada la dalam 3 hari bekerja.

Berikut adalah foto rumah arnab yang baru...boleh la kalau ada yang berminat nak buat kandang cilok idea2 yang baik dan boleh dipraktikan. Yang tak cantik boleh la dibuat sempadan.

Sunday, April 25, 2010

Sepuluh hari ....Beranak Lagi


Sepuluh hari dah ...anak2 Ipin dah tumbuh bulu roma...ye ke? Tengok la sendiri..





Ada rupa lop ear tak?



Cute tak? he..he..he


Hari ni 24 April 2010, Upin pulak beranak...tapi 2 ekor je. Besar kemungkinan kedua2nya kaler putih dan mintak-mintak lop ear jugak macam bapanya si Elmo.


Thursday, April 15, 2010

Dah Beranak...

Arnab-arnab ini baru lahir pada 14 April 2010...dan masih dalam pemerhatian lagi. Aku pun kena belajar cara2 menjaga anak arnab dan mengelakkan kematian dari otai2 arnab.

Ibu arnab takde masalah kesihatan atau komplikasi semasa melahirkan sampai kena panggil mak bidan atau hantar ke wad bersalin.


Masa aku balik kerja waktu maghrib je tetiba nampak benda kecil yang bergerak2 di hujung kandang...perhati punya perhati...rupa2nya dah bersalin arnab aku ni..layan dulu

Saturday, March 6, 2010

Bela Arnab di Rumah


Tahun 2010 merupakan tahun pertama aku berjinak dengan penternakan arnab.Mula - mula nak cari pet, saja nak bela sebab bulan lepas baru kematian ikan kelisa yellow tail kerana sebab2 yang tak dipastikan (mati mengejut lepas 6 bulan bela). Nak cari ikan red banjar, macam aku je syok sendiri, bukan family interest, pastu timbul idea cari arnab kat Mudah....sebagai pet untuk family.
Boleh main2 arnab sebagai hobi dan kalau nanti beranak pinak boleh la jual atau buat lauk sendiri.
Aku beli sepasang arnab tempatan warna coklat dan putih. Ingatkan sepasang ni jantan dan betina rupa2nya dua2 betina.

Ipin (27 Oct 2009)

Upin (27 Oct 2009)


Sebulan lepas tu, beli pulak sepasang arnab tempatan jugak warna hitam dan coklat (tupai) dari Arnab Kus.

Minnie ( 20 Feb 2010)

Mickey (20 Feb 2010)

Lepas tu aku beli pulak seekor arnab mix hotot, seekor warna kelabu dan seekor warna hitam.

Panda ( Dah Mati Dah, Kena Gigit Anjing)

Daisy dan Pluto


Minggu lepas, aku terbeli pulak seekor lagi arnab ear lop jantan untuk buat baka.

Elmo