
Tuesday, October 26, 2010
Stok Masih Ada...

Friday, September 24, 2010
Dibuka Untuk Jualan Oktober
Arnab Dewasa
Umur:4 bulan
Harga: RM70 seekor
Baka: Lop x Local
Kuantiti: 1 jantan 3 betina
Arnab (Upin 3)
Umur: 1 bulan
Harga: RM25 seekor
Baka: Lop x Local
Update List Arnab
Upin - 3
1- Jantan - kaler putih - Status: Sold to Ateh (Setapak)
2-Betina - kaler putih - Status: Visited and Booked by Nawa (KBS)
3-Jantan - kaler putih - Status: Sold to Ijad (Perodua Rawang)
4- Jantan - kaler putih - Status: Sold to Lin (Pantai Dalam)
5- Jantan - kaler putih - Status: Sold to Razak Presint 11
6- Betina - kaler putih - Status: Sold to Nazry Presint 14
7- Jantan - kaler putih - Status: Sold to Nazry Presint 14
8- Betina - kaler putih - Status: Available
9- Betina - kaler putih - Status: Available
10- Betina - kaler hitam + putih - Status: Sold to Ateh (Setapak)
11- Betina - kaler coklat (two tone) - Status: Sold to Ijad (Perodua Rawang)
Ada gak yang book thru sms (faisal, azahari, dan lain2)...ok tapi tak jamin ada stok sebab first come, first serve
Next Sale..
Arnab (Pluto 2)
Umur: 1 minggu
Harga: Belum Sedia Untuk Dijual (Promo Dulu)
Baka: Lop x Local
Friday, September 3, 2010
Dah Banyak Arnab...Boleh Jual Lagi
Wednesday, July 21, 2010
Rabbit untuk Dijual
Tuesday, June 29, 2010
Rezeki..Bulan Jun
Kelahiran Pertama - Upin - 16 Jun 2010
Beranak 4 ekor (Ok ..masih hidup)
Komen: Upin pandai jaga anak& tak payah nak ajar/paksa menyusu. Sebelum ni beranak 2 ekor & sekarang bertambah kepada 4 ekor. Anak2 Mickey.
Kelahiran Kedua - Minnie - 18 Jun 2010
Beranak 4 ekor ( Tinggal 3 ..mati seekor)
Komen: Kali pertama beranak dan seekor anaknya dah mati. Perkembangan anak2nya tak sama..tak tahu apa masalahnya. Seekor dah besar, seekor sedang dan seekor lagi bersaiz kecik. Kot maknye kuat diskriminasi terhadap anak2nya.Anak2 Mickey.
Kelahiran Ketiga - Ipin - 26 Jun 2010
Beranak 6 ekor ( Ok ..masih hidup)
Komen: Ipin beranak 6 ekor & setakat ni dia lah yang paling produktif. Tapi bab penjagaan anak, Ipin ni kurang sket..dari pandangan aku la. Cuma kalau nak suruh dia menyusu, kena la rasuah sengkuang, carrot @ timun dan letak dalam kotak anak2nya.
Coming soon...Daisy beranak pulak.
Friday, May 28, 2010
Kena Serang...
Masa tu tengah layan tv sebelum masuk tido, terdengar bunyi anjing menyalak...siap kutuk lagi siapa punya anjing la menyalak tak tentu hala malam2 ni. Makin lama makin menjadi2 salakan anjing2 tu...ohh baru aku sedar, kat kawasan rumah aku mana ada non muslim yang bela anjing. Apa lagi berlari la aku ala..ala Usain Bolt yang pencen. Rupa2 nya anjing2 tu menyakat arnab kat depan rumah. Pastu hilang entah ke mana...
Pukul 3 pagi...aku terbangun lagi sebab bini aku kejutkan. Ada anjing menyalak kat reban arnab...buka lampu...ternampak la arnab hotot aku mati dikerjakan anjing di luar reban. Kesian si hotot tu, tension sangat dengan gangguan anjing tu sampai keluar reban...sedih la sebab dah 4 bulan bela.
Keesokan harinya aku siap pegi pasar beli kepala ayam dan letak puradan untuk menjamu anjing, tak kena la pulak. Ada bau kot.
Ada pulak kawan suggest, umpan je telur & jarum, pasti mengena. Apa lagi, kena la seekor anjing tu sebab tak nampak pun bayangnya.
Selang dua hari...datang lagi anjing yang sekor tu untuk membalas dendam kematian kawannya.
Itu lah kali terakhir aku nampak kelibat anjing2 liar yang cuba main2 ngan aku...buruk padahnya.
Moral of the story...Buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sekali.
Tuesday, May 4, 2010
Friday, April 30, 2010
Rumah Baru
Sekarang aku dah ada kandang buatan sendiri (bukan bom buatan sendiri la). Boleh tahan la untuk mengerjakan kandang seluas 3 kaki lebar x 6 kaki panjang, maklum la takde pengalaman bertukang kayu.
Projek ni dah bermula sejak cuti raya cina hari tu..pastu rehat sebulan dua, baru sambung balik sebab tak cukup bahan dan duit. Kalau tak silap jumlah masa yang digunakan ada la dalam 3 hari bekerja.
Berikut adalah foto rumah arnab yang baru...boleh la kalau ada yang berminat nak buat kandang cilok idea2 yang baik dan boleh dipraktikan. Yang tak cantik boleh la dibuat sempadan.
Sunday, April 25, 2010
Sepuluh hari ....Beranak Lagi
Ada rupa lop ear tak?
Cute tak? he..he..he
Hari ni 24 April 2010, Upin pulak beranak...tapi 2 ekor je. Besar kemungkinan kedua2nya kaler putih dan mintak-mintak lop ear jugak macam bapanya si Elmo.
Thursday, April 15, 2010
Dah Beranak...
Ibu arnab takde masalah kesihatan atau komplikasi semasa melahirkan sampai kena panggil mak bidan atau hantar ke wad bersalin.
Masa aku balik kerja waktu maghrib je tetiba nampak benda kecil yang bergerak2 di hujung kandang...perhati punya perhati...rupa2nya dah bersalin arnab aku ni..layan dulu
Saturday, March 6, 2010
Bela Arnab di Rumah
Boleh main2 arnab sebagai hobi dan kalau nanti beranak pinak boleh la jual atau buat lauk sendiri.
Aku beli sepasang arnab tempatan warna coklat dan putih. Ingatkan sepasang ni jantan dan betina rupa2nya dua2 betina.
Ipin (27 Oct 2009)
Upin (27 Oct 2009)
Sebulan lepas tu, beli pulak sepasang arnab tempatan jugak warna hitam dan coklat (tupai) dari Arnab Kus.
Minnie ( 20 Feb 2010)
Mickey (20 Feb 2010)
Lepas tu aku beli pulak seekor arnab mix hotot, seekor warna kelabu dan seekor warna hitam.
Panda ( Dah Mati Dah, Kena Gigit Anjing)
Daisy dan Pluto
Minggu lepas, aku terbeli pulak seekor lagi arnab ear lop jantan untuk buat baka.
Elmo