Tuesday, June 29, 2010

Rezeki..Bulan Jun

Bulan Jun 2010...dah ada 3 kelahiran di Putrajaya Bunnies.

Kelahiran Pertama - Upin - 16 Jun 2010
Beranak 4 ekor (Ok ..masih hidup)
Komen: Upin pandai jaga anak& tak payah nak ajar/paksa menyusu. Sebelum ni beranak 2 ekor & sekarang bertambah kepada 4 ekor. Anak2 Mickey.

Kelahiran Kedua - Minnie - 18 Jun 2010
Beranak 4 ekor ( Tinggal 3 ..mati seekor)
Komen: Kali pertama beranak dan seekor anaknya dah mati. Perkembangan anak2nya tak sama..tak tahu apa masalahnya. Seekor dah besar, seekor sedang dan seekor lagi bersaiz kecik. Kot maknye kuat diskriminasi terhadap anak2nya.Anak2 Mickey.

Kelahiran Ketiga - Ipin - 26 Jun 2010
Beranak 6 ekor ( Ok ..masih hidup)
Komen: Ipin beranak 6 ekor & setakat ni dia lah yang paling produktif. Tapi bab penjagaan anak, Ipin ni kurang sket..dari pandangan aku la. Cuma kalau nak suruh dia menyusu, kena la rasuah sengkuang, carrot @ timun dan letak dalam kotak anak2nya.

Coming soon...Daisy beranak pulak.