Saturday, March 6, 2010

Bela Arnab di Rumah


Tahun 2010 merupakan tahun pertama aku berjinak dengan penternakan arnab.Mula - mula nak cari pet, saja nak bela sebab bulan lepas baru kematian ikan kelisa yellow tail kerana sebab2 yang tak dipastikan (mati mengejut lepas 6 bulan bela). Nak cari ikan red banjar, macam aku je syok sendiri, bukan family interest, pastu timbul idea cari arnab kat Mudah....sebagai pet untuk family.
Boleh main2 arnab sebagai hobi dan kalau nanti beranak pinak boleh la jual atau buat lauk sendiri.
Aku beli sepasang arnab tempatan warna coklat dan putih. Ingatkan sepasang ni jantan dan betina rupa2nya dua2 betina.

Ipin (27 Oct 2009)

Upin (27 Oct 2009)


Sebulan lepas tu, beli pulak sepasang arnab tempatan jugak warna hitam dan coklat (tupai) dari Arnab Kus.

Minnie ( 20 Feb 2010)

Mickey (20 Feb 2010)

Lepas tu aku beli pulak seekor arnab mix hotot, seekor warna kelabu dan seekor warna hitam.

Panda ( Dah Mati Dah, Kena Gigit Anjing)

Daisy dan Pluto


Minggu lepas, aku terbeli pulak seekor lagi arnab ear lop jantan untuk buat baka.

Elmo